“Risau Sangat Pasal Rumahtangga Aku Ni Ha..” – Faye Kusairi Terpaksa Muat Naik Foto Bersama Suami, Nak Tutup Mulut Netizen

Hiburan

“Risau Sangat Pasal Rumahtangga Aku Ni Ha..” – Faye Kusairi Terpaksa Muat Naik Foto Bersama Suami, Nak Tutup Mulut Netizen

Pelakon Faye Kusairi tampil berkongsi foto bersama suaminya, pengarah Azmi Hatta gara-gara dikatakan sudah retak menanti belah oleh sesetengah netizen.

Ujar Faye, ada yang memfitnah mengenai rumah tangganya kerana sudah lama tidak memuat naik sebarang foto bersama suaminya itu.

Advertisement

Terpaksalah upload gambar bersama suami, ramai sangat risau pasal rumahtangga aku ni ha sampai sanggup memfitnah. Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak share apa apa sejak dah berusia ni.

Tambahnya lagi, perniagaan nasi lemaknya juga menjadi mangsa fitnah sekaligus membuatkan dia tidak mengambil peduli mengenai media sosial kerana sudah penat melayan sikap sesetengah netizen.

Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda-benda yang positif dan punya manfaat.

Harap-harap yang baca ni sudilah terima nasihat aku yang tak seberapa ni ha.

Sekadar info, Faye bernikah dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Perkembangan terkini, Faye kini sedang sibuk berniaga nasi ayam berlokasi di persiaran Bukit Antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

marissa dania kakak umisya
7 months ago

"Kejap Lagi Nak Beli Popcorn, Plot Twist Banyak" - Kakak Umisya Pula Bersuara, Anggap Marissa 'Pergunakan' Adik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...