Risau Rumah Dimasuki Pencuri, Warga Emas Bertindak Bakar Rumah Sendiri

Dunia

Risau Rumah Dimasuki Pencuri, Warga Emas Bertindak Bakar Rumah Sendiri

Macam-macam cara yang boleh dilakukan bagi seseorang itu untuk elak daripada rumahnya dimasuki pencuri. Namun, cara yang dilakukan oleh seorang wanita warga emas di Thailand ini betul-betul berada di luar kotak fikiran.

Menerusi laporan The Pattaya News, wanita berumur 77 tahun itu membakar rumahnya sendiri apabila mendapati beberapa pencuri cuba untuk pecah masuk ke dalam rumahnya di daerah Panat Nikhom, wilayah Chonburi.

Advertisement

Dia yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan bertindak menghidupkan dapur gas dan membakar beberapa barangan di dalam rumahnya bertujuan untuk menakut-nakutkan pencuri tersebut. Dahsyat eh..

“Saya hanya ingin tunjuk yang tiada siapa yang boleh mencuri daripada saya meksipun saya merupakan orang tua”

Apabila mendapati penceroboh tersebut sudah beredar, dia cuba untuk memadamkan kebakaran yang dia sendiri mulakan.

“‘Saya memadamkannya dengan sedikit air tapi dah terlambat sebab api dah marak ke seluruh rumah. Jadi, saya menelefon polis dan anggota bomba untuk mendapatkan bantuan”

Setibanya polis dan anggota bomba di rumahnya, mereka menemui wanita berkenaan menunggu dengan tenang di luar kediaman rumahnya yang sedang dijilat api.

Sumber : The Pattaya News

Siasatan polis mengenai kejadian tersebut tidak menemui sebarang bukti pecah masuk, namun itu tidak bermakna pihak berkuasa tidak mempercayai keterangan daripada wanita berkenaan.

Jurucakap polis berkata, wanita itu masih dikenakan tindakan undang-undang kerana kebakaran tersebut sementara siasatan selesai.

Hal ini kerana menurut undang-undang negara tersebut, individu yang mencetuskan kebakaran ialah salah satu kesalahan undang-undang walaupun di kediaman sendiri.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...