Risau Keadaan Frontliners, Ustaz Ebit Lew Terbangkan Bantuan Perubatan Ke Sabah

Hiburan

Risau Keadaan Frontliners, Ustaz Ebit Lew Terbangkan Bantuan Perubatan Ke Sabah

Terkenal dengan sikap pemurah dan ringan tulangnya, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew kini bagai tidak lekang menghulurkan bantuan buat petugas-petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan dalam menangangi wabak COVID-19.

Advertisement

Biarpun sikap mulainya memang tidak boleh disangkal lagi, kali ini Ebit dilihat turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik.

Menurutnya, beliau dikatakan bimbang dengan keadaan petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus di Sabah, lantas beliau tampil menghulurkan peralatan medikal untuk frontliners di sana.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Ebit menggunakan pesawat kargo untuk menghantar bantuan set PPE, Face Sheild, pelitup muka, pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di negeri tersebut.

Dedahnya, susulan menerima mesej yang banyak agar diberi sumbangan untuk meringankan lagi bebanan sedia ada di negeri tersebut, beliau difahamkan melaksanakan bantuan itu pagi tadi.

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat menzahirkan rasa terharu dengan tindakan yang dilakukan pendakwah itu, malah tidak terlepas mendoakan agar segala usahanya itu diberkati Illahi.

Bagaimanapun, Ebit juga dikatakan tidak terlepas menyeru orang ramai agar tidak segan menitip doa supaya kesejahteraan berpihak kepada penduduk di negeri Sabah yang kini sedang diuji dengan catatan kes yang semakin membimbangkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...