Berikutan ramai anak muda zaman ini enggan lagi mendirikan rumah tangga mahupun mempunyai anak dek kerana kos sara hidup yang begitu tinggi, ramai juga yang meluahkan hasrat untuk menetap di rumah orang tua-tua apabila umur mereka semakin lanjut kelak.
Kalau anda menyimpan hasrat yang sama, jom kami kongsikan tips dan panduan memilih rumah jagaan orang tua-tua agar lebih selesa buat anda menghabiskan usia di hari tua.
Menurut portal MyHealth, fasiliti dan pusat jagaan terbaik perlulah terletak di lokasi yang strategik, mengikut bajet anda dan tidak terlalu padat dengan penghuni-penghuni yang lain.
Sebelum memilih pusat jagaan untuk didiami, anda juga disarankan untuk meneliti beberapa faktor seperti di bawah.
1. Perkhidmatan
Patikan fasiliti yang dipilih mempunyai skop perkhidmatan yang diperlukan oleh anda seperti terapi, rehabilitasi, kejururawatan dan juga doktor terlatih. Tanyakan juga caj perkhidmatan mengenai servis-servis seperti ini kerana ia selalunya dicaj secara berasingan.
Selain itu, perkhidmatan seperti menghantar pesakit ke hospital atau klinik untuk rawatan susulan juga penting kerana ia memudahkan pesakit.
2. Persekitaran
Persekitaran yang tidak terlalu sesak, pengudaraan yang baik serta keselamatan juga perlu dititikberatkan kerana ia membuatkan anda lebih selesa dan tidak tertekan ketika di sana.
Fasiliti seperti tandas, peralatan khas (seperti contoh kerusi roda, katil, lantai dan lampu) juga perlu dititikberatkan.
3. Makanan dan Ubat-ubatan
Pastikan makanan yang disediakan seimbang dan sesuai untuk penghuni kerana diet anda mungkin berbeza-beza. Jenis-jenis ubat-ubatan yang diperlukan juga perlu diberitahu kerana mungkin ada isu seperti alahan dan sebagainya.
4. Staf dan pekerja
Bilangan staf serta kelayakan perlu diambil berat kerana sebaiknya nisbah pesakit kepada staf patutnya tidak terlalu tinggi kerana ia boleh menjejaskan mutu perkhidmatan fasiliti mereka.
Kunjungi beberapa buah fasiliti dan rumah penjagaan orang tua-tua sebelum membuat keputusan untuk menetap di mana.
Selamat mencuba!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: (VIDEO) Alasan Rindu Anak, Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting?