Risau Badan Cepat Naik Walau Makan Sikit? Ikut Tips Kekalkan Berat Badan Ideal Ini, Walau Umur Dah Lanjut

Trending

Risau Badan Cepat Naik Walau Makan Sikit? Ikut Tips Kekalkan Berat Badan Ideal Ini, Walau Umur Dah Lanjut

Berat badan adalah isu sensitif pada kita semua tanpa mengira umur, lelaki atau pun perempuan. Sememangnya kita haruslah menjaga berat badan agar sentiasa ideal serta jadikan badan lebih sihat serta normal.

Advertisement

Namun apa yang merisaukan adalah walaupun makan sikit, tapi berat badan cepat juga naik. Lebih-lebih lagi bila umur dah makin lanjut. Apa yang perlu kita buat bagi mengatasi masalah ini?

Jom kita ikuti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar..

MASUK 4 SERIES

Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series?

3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi.
Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas.

Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.

Turunkan berat badan? Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa ya?

Masa awal 20an, makan apa sahaja badan kekal sama. Puncanya metabolisme badan bertukar. Cara tubuh memproses makanan tidak seperti dulu.

Namun cara makan kita sama. Selera makin bertambah. Pantang disebut ada restoran baharu dan sedap, pasti kita melanda ke situ.

Apabila usia meningkat, tubuh kita menuntut perubahan. Langkah-langkah berikut boleh elakkan kita menjadi jalur lebar:

Amalkan K.E.R.A.S:

1. K = Kalori rendah Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.

2. E = Elakkan makan selepas maghrib. Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.

3. R = Rancang apa yang mahu dimakan. Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.

4. A = Amalkan pengambilan makanan segar. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran

5. S = Senaman ini wajib. Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.

Walau berapa pun usia kita. Apapun jantina kita. Tips K.E.R.A.S boleh membantu.

Diharap anda dapat mempraktikkan tip ini, agar mempunyai berat badan yang ideal, tidak kira berapa usia anda, tua atau muda. Kerana kesihatan yang baik bermula dengan persediaan di peringkat awal. Jom kita hidup dengan sihat, menerusi gaya hidup yang sihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...