Risau Ada Yang Degil, Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Hiburan

Risau Ada Yang Degil, Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Menyuarakan pendapatnya agar individu yang baru pulang dari Sabah menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan, penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin dedah kenyataan itu di laman Instagramnya.

Risau Ada Yang Degil, Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Advertisement

Ujar Mila, beliau amat khuatir andai ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil remeh hal tersebut dan tidak mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin, baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang degil dan tidak ikut arahan. Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, itu antara yang terbaik. Kami rakyat sangat risau.”

Luahan yang dibuat pada Ahad lalu itu turut dimuat naik ‘screenshot’ kiriman mesej yang dihantar oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN).

Menjengah ke ruangan posting terbabit, rata-rata pengikutnya di laman tersebut seakan bersetuju dengan apa yang disuarakan Mila. Malah ramai juga peminatnya menzahirkan rasa kurang senang jika  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berulang kembali.

Risau Ada Yang Degil, Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula semalam sehingga 10 Oktober.

Menurutnya Dr Noor Hisham Abdullah lagi, semuanya akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperolehi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...