#RIPSujith: Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dalam Telaga Sudah Meninggal Dunia

Kehidupan

#RIPSujith: Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dalam Telaga Sudah Meninggal Dunia

Pada Jumaat lepas kita semua telah digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terjatuh ke dalam sebuah telaga terbengkalai semasa bermain dengan rakan-rakan.

Sujith Wilson dilaporkan telah jatuh 10 meter pada mulanya, tetapi jatuh jauh lebih dalam sehingga 26 meter selepas itu.

Advertisement

Kejadian ini dikatakan berlaku di Nadukattupatti di daerah Tiruchirappalli di selatan India.

Sujith Wilson yang jatuh ke dalam perigi sejak empat hari lalu sudah meninggal dunia pagi tadi.

RIP Sujith

Laporan mengatakan terdapat bau busuk datang dari telaga sejak malam semalam dan setelah diperiksa, pasukan perubatan mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah pun meninggal dunia.

Tanpa makanan dan minuman selama hampir tiga hari, tubuh Sujith tidak mampu menahan trauma dan akhirnya maut di dalam telaga.

Operasi penggerudian secara besar-besaran di tapak itu terbukti sukar kerana sifat batuan keras di kawasan tersebut

Pasukan penyelamat dan pegawai kerajaan berusaha sedaya upaya selama lebih 80 jam bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak berkenaan, termasuk memulakan proses menggali terowong, yang kini sudah dihentikan.

mayat Sujith

Mayat Sujith berada dalam keadaan terurai.

Kami berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya tetapi malangnya bau busuk telah mula datang dari dalam telaga di mana kanak-kanak itu jatuh. Proses penggalian telah dihentikan, kata Pesuruhjaya Bantuan Tamil Nadu, Dr Radhakrishnan.

Rata-rata netizen berasa sedih dengan pemergian kanak-kanak ini yang tidak dapat diselamatkan. Ada yang mengatakan teknologi canggih tapi tak mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Semoga roh kanak-kanak ini tenang di alam sana.

 

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...