Pasti ramai diantara kita yang terserempak dengan cerita yang sedang tular di media sosial mengenai seorang YouTuber yang membeli sebuah kotak sihir dari lama Ebay.
Tujuan pembelian kotak tersebut bukannya untuk benda yang bukan-bukan, cuma untuk konten di laman YouTube beliau.
Dengan gelaran PrinceMeed, secara ringkasnya telah membeli sebuah kotak pada September 2019 melalui laman ebay.
Walaupun beliau memang terkenal dengan konten yang agak unik, namun pada kali ini, beliau dikatakan agak ekstrem.
Pelbagai kotak boleh dibeli dengan variasi saiz yang berlainan. Harganya dalam lingkungan RM 60 – RM600.
Menurut laman ebay tersebut, kota sihir ini dikatakan mempunya benda-benda sihir yang digunakan untuk memuja kaum Yahudi.
Tetapi, hakikatnya tiada maklumat terperinci yang diberikan mengenai isi kandungan kotak tersebut.
Terdapat sebanyak 5 buah video yang dimuatnaik.
Namun setelah rumahnya secara berterusan mengalami gangguan, beliau menjemput seorang ustaz dengan tujuan meminta bantuan.
Video seterusnya mungkin mampu menegakkan bulu roma, jadi kami sarankan agar anda berhati-hati
Menurut Prince Meed juga, setelah diganggu secara berterusan, beliau meminta pertolongan dari seorang Ustaz dari Pusat Rawatan Al-Idrus dengan tujuan merawat.
Namun ada juga individu dan pakar agama yang mengatakan bahawa teknik dah kaedah pusat rawatan tersebut tidak mengikut jalan yang betul. Tetapi siapalah kami untuk menilai.
Memang ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Membeli kotak yang dikatakan mempunya ilmu sihir sepatutnya dielakkan, namun demi konten, Prince Meed tetap kental. Diharapkan kehidupannya selepas ini beransur pulih dan seperti sediakala.