Rindunya Ipoh! Jom Sertai Kontes Viral ‘Kongsikan Ipoh Anda’ & Jadi Pemenang Yang Kami Cari

Branded

Rindunya Ipoh! Jom Sertai Kontes Viral ‘Kongsikan Ipoh Anda’ & Jadi Pemenang Yang Kami Cari

Cantiknya Ipoh ni macam-macam ada di sini. Ibu negeri Perak ini sememangnya tenang dan menyimpan 1001 khazanah alam serta makanan yang lazat.

Bagi yang yang merindukan Ipoh, baru-baru ni kontes ‘Kongsikan Ipoh Anda’ kolaborasi BeautifulNara dan OLDTOWN White Coffee berjaya menarik ramai penyertaan.

Rata-rata teruja berkongsikan kenangan di Ipoh dalam bentuk gambar dan video. Kalau anda nak sertai pun masih sempat tau!

Apa kenangan anda di Ipoh?

Antara penyertaan Kongsikan Ipoh Anda di BeautifulNara

Kalau anda nak tau, peraduan ni telah pun bermula sejak 30 Ogos yang lalu di page Oh! Media, BeautifulNara, GoodyMY serta Goody25 dan akan berakhir 16 September 2021.

Peraduan ini dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, disamping memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi keindahan Ipoh.

Nak turut serta mudah saja, anda hanya perlu muat naik gambar atau video kenangan yang anda tak boleh lupakan di Ipoh.

Antaranya seperti kenangan dengan kawan-kawan, makanan enak, pemandangan indah atau budaya Ipoh yang anda rindukan. Semua boleh!

Peraduan Kongsikan Ipoh Anda

13 orang pemenang akan dipilih secara rawak dari semua penyertaan yang diterima di Facebook page yang mengambil bahagian.

3 penyertaan terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Pemenang akan menerima  wang tunai dan model miniatur Ipoh.

Tapi bukan itu saja, gambar dan video terpilih juga akan dikompilasikan dalam video pendek OLDTOWN White CoffeexBeautifulNara.

Kongsikan Ipoh Anda bersama kami!

Salah satu tempat tarikan di IPOH

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di Ipoh yang belum diterokai. Jadi kami mahukan anda kongsikannya bersama seluruh rakyat Malaysia.

Kalau anda nak tahu, apa yang istimewanya tentang Ipoh ini ialah, ia merupakan tempat kelahiran OLDTOWN White Coffee. Jenama kopi putih pilihan utama rakyat Malaysia.

Campuran 3 jenis kopi premium yang dipanggang sempurna menjadikan rasanya lebih eksklusif dan premium.

Pelbagai pilihan tersedia untuk OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 iaitu Klasik, Perisa Kacang Hazel, Extra Kaw,, 25% Kurang Gula, Kopi & Krimer dan Dengan Gula Tebu Asli.

Manakala untuk OLDTOWN White Coffee yang sedia diminum dalam tin terdapat 3 pilihan rasa iaitu Klasik, Perisa Kacang Hazel dan Karamel Masin.

OLDTOWN turut mempunyai variasi Nanyang Series iaitu produk Nanyang kopi putih O (dengan gula) & NanYang kopi putih O kosong .

Bagi yang bukan penggemar kopi, OLDTOWN Milk Tea Series ada 3 pilihan iaitu Teh Susu Putih, HK Style Teh Susu  dan Teh Tarik yang anda boleh cuba.

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kongsikan kenangan Ipoh anda bersama kami. Mungkin anda pemenang yang kami cari.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Picoworm telah bekerjasama dengan OLDTOWN White Coffee untuk ‘menghidupkan’ Ipoh’ dalam bentuk miniatur.

Untuk anda yang belum mengetahui, Picoworm ini merupakan seorang artis miniatur yang sangat kreatif dan hebat. Malah bakatnya turut mendapat perhatian daripada artis Hollywood Ryan Reynolds. Wow!

Gambar karya Picoworm

Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat. Klik di SINI untuk hantar penyertaan anda.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...