Rindukan Kenangan Lalu : Siti Nurhaliza Teringin Menjual Kuih Dihadapan Rumah

Hiburan

Rindukan Kenangan Lalu : Siti Nurhaliza Teringin Menjual Kuih Dihadapan Rumah

Tiada siapa yang berjaya tanpa perlu mengharungi segala kesusahan terlebih dahulu, begitu juga dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Advertisement

Pernah menjual kuih ketika zaman remajanya, Siti Nurhaliza akui merindui pengalaman tersebut sehingga beliau pernah terdetik untuk menjual kuih dihadapan rumahnya yang terletak di Ampang sempena bulan Ramadhan ini.

Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih.

Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih-muih di depan rumah sekarang ini. Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri.

Demi melepaskan rindunya itu, Siti Nurhaliza sering berkunjung ke bazar Ramadhan dan ia ibarat satu terapi untuk dirinya kerana dapat melihat pelbagai jenis juadah di hadapan mata.

Namun, beliau mula rasa tidak sampai hati dan kasihan apabila ramai peniaga yang memanggil beliau untuk membeli makanan di gerai mereka. Oleh itu, Siti Nurhaliza kadang-kadang lebih gemar untuk menunggu di kereta sahaja.

Suatu ketika kita pernah berada di tempat mereka dan saya faham perasaan mereka amat mengharapkan kita membeli di gerai mereka. Bagi mengelakkan rasa serba-salah itu, saya hadkan waktu ke bazar Ramadan. Paling tidak saya hanya tunggu di kereta dan sesekali membuka tingkap menegur makcik-makcik berniaga.

Meskipun sudah hidup senang, janganlah pernah lupa dimana kita bermula. Kami suka dengan sikap Datuk Siti Nurhaliza yang tidak mempunyai kontroversi dan sering bersikap rendah diri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...