Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Ameena Sofia yang tahun ini dijadualkan beraya bersama bekas suami, Fizi Ali.
Perkara tersebut dicoretkan Shakilla menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.
Dalam video itu, Shakilla dilihat berjumpa dengan bekas suaminya itu ketika pulang berhari raya selama lima hari.
Baru faham rasa lima hari macam lima tahun tak jumpa. Serius, memang benar dan wujud perasaan itu.
Masya Allah rindunya dengan anak bertuah ni tak ada bandingan. Rasa rindu yang macam tidur malam pun tak lena. Dahsyat cinta Allah hadiahkan kali ini.
Dia dalam pada itu meluahkan rasa syukur kerana hubungan baik bersama bekas suami dapat dikekalkan demi kebahagiaan anak mereka.
Tak ada yang buat saya gembira selain melihat Ameena gembira dan ramai orang ikhlas sayangkan dia.
Sekadar info, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.