Rindu Tak Terkata, Yatt Hamzah Imbas Kenangan Berada Di Tanah Suci Mekah

Hiburan

Rindu Tak Terkata, Yatt Hamzah Imbas Kenangan Berada Di Tanah Suci Mekah

Pelakon Yatt Hamzah yang kini semakin manis sejak berhijrah baru-baru ini ada mengimbau kembali kenangan indah ketika berada di tanah suci Mekah.

Rindu tak terkata, Yatt menzahirkan rasa itu menerusi ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Dalam entri tersebut, dia berkata bahawa dia teringin untuk kembali menjejakkan kaki ke sana dan turut memberi ruang kepada peminat untuk berkongsi perasaan rindu menerusi posting berkenaan.

View this post on Instagram

Tak tahu nak jelaskan bagaimana.. Tapi perasaan ini Terlalu rindu.. Terlalu rindu.. Harapnya rindu ini akan segera berakhir. . Pastinya ramai yg rasa sama seperti Bonda. Kongsilah perasaan anda juga.. Teringin nak baca perasaan msg2 terhadap Tanah Suci MEKAH & MADINAH. . Ini gambar #throwback Umrah December 2018. 2019 tak dapat ke sana krn melahirkan baby Hawa. . Rasa2 baby comel tu Iqlima atau Medina?.Kak Nia sweet sgt masa ni. Jadilah anak2 yg Solehah ya sayang anak2 Bonda.. Aamiinn…?? . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #umrah #umrahtarbiyahUsrahSuci #UTUS1.0 #UTUS1 #MOTHERANDDAUGHTER #DAUGHTER #MOTHEROF4 #THESUCIS #BONDAOF4GIRLS #ANAK2BONDAYATT

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

“Tak tahu nak jelaskan bagaimana.. Tapi perasaan ini terlalu rindu…terlalu rindu.. Harapnya rindu ini segera berakhir. Pastinya ramai yang rasa sama seperti Bonda. Kongsilah perasaan anda juga. Teringin nak baca perasaan masing-masing terhadarp Tanah Suci Mekah dan Madinah.”

Foto yang memaparkan dia bersama dengan dua orang anaknya itu dikhabarkan merupakan gambar pada tahun 2018 ketika sedang melakukan Umrah pada bulan Disember tahun berkenaan.

View this post on Instagram

Apa maksud bahagia pada anda? Bagi Bonda BAHAGIA adalah melihat anak2 membesar di depan mata. Mendidik mereka dg cara yg Allah redha. . Bahagia apabila saat pertama kali bergelar IBU, dapat menatap wajah manusia yg kulahirkan buat pertama kalinya. Melawan segala derita sakit dan lelah demi menatap wajah comelnya dan demi dia melihat dunia. Itulah anak Bonda. Dan anak pertama ku ini adalah bahagia yg paling besar buatku. Alhamdulillah.. Allahuakbar. . Melahirkan Suci Hanania Malika tak mudah. Benar2 bertarung nyawa.. Bergelut dg sakit yg teramat sgt selama berhari2 sebelum dia keluar. Sudahlah overdue 2 minggu, bila dah masuk hospital bukaan baru 1 cm. Selama 4 hari di hospital bukaan maximum hanya 3 cm walaupun setelah dimasukkan bermacam2 jenis induce. Seluk dg pil dan masuk air induce selama 3 hari, Allahuakbar sakitnya Allah sahaja yg tahu..hingga lembik tubuh ni dibuatnya. Tetap baby masih tak nak keluar. . Hingga saat air ketuban dipecahkan dan airnya hampir kering pun masih tiada progress bukaan. Sampailah doktor membuat keputusan utk membuat emergency C section krn khuatir baby lemas dan termakan najis. Agak kecewa bila telah bersungguh2 mencuba utk melahirkan secara normal hingga berhari2 menderita sakit diinduce demi melancarkan bukaan bersalin. Namun akhirnya Allah Maha Kuasa, dah tertulis rezekiku utk melahirkan anak yg pertama secara caesarian bukan normal. Aku redha. . Alhamdulillah pada waktu Subuh 28 February 2010 Suci Hanania Malika selamat dilahirkan ke dunia. Sekarang dia telah berumur 10 tahun. Dan walaupun telah 10 tahun berlalu, tidak 1 hari pun berlalu pergi tanpa Bonda berasa bersyukur dikurniakan anak sepertinya. Bonda telah berusaha mendidiknya dg baik walaupun msh byk kekurangan. Dan hari ini Bonda ini sgt bahagia melihat betapa sempurnanya dia dan adik2nya di depan mata. Terima kasih Allah YG MAHA BAIK buat Kurniaan paling sempurna ini. Jadikan dia anak yg Solehah agar dicontohi adik2nya yg lain. Aamiin..??. Mohon semua doakan sama..?? . . @sucihananiamalika #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #sucino1 #KakNia #Nia #Suci #lilmujahidah #LilSuci #anakbondayatt

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga kali ke dua bersama Muhammad Zulfadli dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala dengan suaminya yang terdahulu, dia memperoleh seorang cahaya mata perempuan iaitu Suci Hanani Malaika.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...