Rindu Nak Jumpa Kekasih, Sampai Sanggup Langgar Arahan PKP

COVID-19

Rindu Nak Jumpa Kekasih, Sampai Sanggup Langgar Arahan PKP

Malaysia sudah hampir selesai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua ekoran penularan wabak COVID-19. Status sebenar berkenaan penyambungan tempoh PKP ini pula akan diumumkan sebentar lagi.

Baca: (TERKINI) Keputusan Tempoh Lanjutan PKP Akan Diketahui Jam 4 Petang Hari Ini

Advertisement

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sepatutnya sudah semakin memahami dan memandang serius tentang perkara ini.

Namun, perkara ini telah dipandang remeh oleh sepasang kekasih apabila baru-baru ini mereka ditahan bersama rakannya oleh pihak polis selepas ingkar arahan PKP dan cuba menipu pihak berkuasa. Mereka dikatakan keluar bersiar-siar dengan menaiki sebuah kereta sebelum ditahan di salah satu sekatan jalan raya di Perlis.

Menurut sumber, pasangan kekasih yang ditahan masing-masing berumur 26 dan 23 tahun dan ditemani oleh seorang remaja berusia 15 tahun.

Dahlah langgar PKP, cuba menipu pulak

PKP polis menjalankan tugas

Difahamkan mereka telah memberi keterangan yang salah kepada pihak berkuasa dan mengaku sebagai adik-beradik. Namun, penipuan tersebut tidak berjaya selepas pihak polis meminta mereka untuk mengeluarkan kad pengenalan masing-masing.

Setelah itu, mereka masih lagi cuba untuk mengelirukan pihak polis dengan mendakwa mereka adalah saudara tiri dan pasangan berkenaan merupakan suami dan isteri. Walau bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti pernikahan. Setelah tidak tahan dengan soalan-soalan yang diajukan, serta merasakan pihak polis telah mengetahui perkara yang sebenar, mereka akhirnya membuat pengakuan.

Pihak polis telah mengenakan kompaun sebanyak RM 1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 11(1) iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 2020 yang telah ditetapkan.

Tunggulah habis PKP dulu, kalau nak dating pun.

Baca: Kompaun RM1,000 Akan Dikenakan Kepada Mereka Yang Melanggar Arahan PKP Berkuatkuasa Hari Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...