Netizen di media sosial nampaknya ada menanti kemunculan video memasak terbaru oleh isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Kata netizen, sudah lama mereka tidak mendengar ‘trademark’ “Hello Everyone” yang sering diucapkan bekas madu Puteri Sarah itu ketika bersiaran di TikTok.
Namun, sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya-tanya kemana perginya Ira kerana dia dilihat sudah lama tidak memuat naik video memasak di media sosial TikTok miliknya.
Ini kerana, kali terakhir Ira berkongsi resipi adalah pada 14 Oktober lalu di mana dia ada memasak masakan Korea iaitu Sundubu Jjigae.
Ira tak ada resipi baru lagi ke? Macam dah lama tak hello everyone. Rindu pulak.
Terdahulu, nama wanita ini ada menjadi bualan netizen di media sosial gara-gara muncul spekulasi mengatakan dia adalah individu yang diceraikan suami yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air menerusi WhatsApp.
Namun, perkara itu tidak pula disahkan Ira mahupun Syamsul kerana tiada respon daripada pihak mereka berdua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.