Penyanyi, Datin Alyah menerusi Instagramnya ada meluahkan rasa rindu tidak terhingga kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah yang pergi menghadap Ilahi, baru-baru ini.
Tulis isteri kepada komposer terkenal Datuk Ramli MS ini lagi, dia seringkali teringat akan Siti Sarah setiap kali menjelang waktu subuh kerana arwah sering membalas mesejnya pada ketika itu.
View this post on Instagram
Yakin Siti Sarah kini berada di tempat yang lebih baik, Alyah dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan arwah di sana.
I miss you babe, setiap kali bertemu subuh ingatan I sangat kuat untuk you sebab you selalu balas mesej I dalam waktu ini. Subuh ini I saja menunggu mesej dibalas dari you sendirian, I selalu doa untuk you, I tahu you dah berada di tempat yang indah. Al-Fatihah buatmu Sarah.
Tambah penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa ini lagi, dia sama sekali tidak melupakan Sarah sebagaimana ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.
View this post on Instagram
Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 5.14 pagi, tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suami, Shuib Sepahtu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.