Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rindu Bapa, Sarah Hildebrand Nak Balik Amerika Syarikat

sarah hildebrand rindu bapa di amerika syarikat

Berharap agar hasratnya untuk pulang bertemu ayahnya dalam masa terdekat dimakbul Tuhan, pelakon Sarah Hildebrand tampil luah rasa rindu untuk berjumpa dengan insan tersebut yang kini berada jauh di Amerika Syarikat.

sarah hildebrand rindu bapa di amerika syarikat

Advertisement

Kata Sarah, beliau sepatutnya memeluk erat ayahnya ketika kali terakhir bertemu. Kerinduan itu dizahirkan Sarah menerusi posting yang dimuat naik kepada umum di laman Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/CCNwkZRA6Wx/?utm_source=ig_embed

“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.”

Melepaskan perasaan rindu akan bapanya, Sarah tampil berkongsi entri yang memahat gambar dirinya dan bapa berswafoto di luar negara.

Jelas Sarah, beliau amat berharap agar pandemic COVID-19 ini berakhir segera semoga urusan perjalanannya untuk bertemu bapa akan dipermudahkan.

Advertisement

“Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat.”

 

sarah hildebrand rindu bapa di amerika syarikat

Seperti sudah dijangka, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar impian Sarah untuk bertemu bapanya tertunai. Malah ada juga yang turut berkongsi perasaan yang sama kerana masih tidak berkesempatan pulang ke kampung menziarahi ibu bapa susulan terlalu sibuk dengan urusan kerja di bandar.

Sehingga kini, suuslan pandemic COVID-19, kerajaan masih belum membenarkan sebarang pergerakan merentas sempadan negara demi memastikan keselamatan rakyat.

Untuk rekod, Sarah merupakan pelakon kelahiran kacukan Amerika-Melayu. Bagaimanapun, ibu bapanya dikatakan telah berpisah sejak dirinya berusia 8 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama