September 29th, 2020

Merindui bapanya yang kini berada di Singapura, anak kepada pasangan selebriti penuh kontroversi, Bella Astillah dan Alif Aziz iaitu Ayden Adrean dilihat menangis sambil meraung mahu bertemu bapanya.

ayden anak aliff aziz menangis rindu bapa di singapura

Perkara itu dikongsi Bella menerusi akaun Instagramnya yang menyaksikan video wajah anaknya yang sedang menangis sambil menyebut ‘daddy’ berulang kali.

Lebih perit, cahaya mata sulung mereka itu dilihat makin teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah kerana menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk berjumpa dengan bapanya.

“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…”

Sementara itu, Bella yang juga juga ibu kepada dua anak menyatakan ini bukan kali pertama Ayden berkelakuan sedemikian rupa.

ayden anak aliff aziz menangis rindu bapa di singapura

“Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya.”

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat Ayden dan berharap Bella dapat terus bertabah. Malah tidak lupa juga, ramai dalam kalangan peminatnya turut mendoakan agar segala urusan keluarganya sentiasa dipermudahkan.

ayden anak aliff aziz menangis rindu bapa di singapura

Dalam satu temubual bersama media sebelum ini, Bella memaklumkan beliau sudah tidak bertemu dengan suami semenjak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff kerana larangan rentas sempadan negara.

Lebih menyakitkan, Bella bagai tidak henti-henti diuji apabila Aliff disahkan dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.


3 responses to “Rindu Bapa, Anak Aliff Aziz Meronta-Ronta Menangis Nak Masuk Singapura”

  1. Anonymous says:

    ANAK BRANAK PROPA KUAT DRAMA

  2. Anonymous says:

    Sikit sikit nak upload

  3. Anonymous says:

    propa jer nih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...