Rindu Awak 200% Kembali Temui Penonton Hari Raya Ini

Hiburan

Rindu Awak 200% Kembali Temui Penonton Hari Raya Ini

Kepada peminat drama bersiri paling meletop iaitu Rindu Awak 200% boleh mengubati rindu mereka kepada watak Kapten  Zill Faezrul dan Armel Aisya  apabila beberapa khabar mengatakan siri tersebut bakal menemui penonton tidak lama sahaja lagi.

Malah kedua-dua watak utama siri tersebut telah memberikan sedikit bayangan bahawa ia akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri akan datang selepas memuat naik foto dengan hashtag #RinduAwak200PeratusRaya.

Advertisement

Tidak dapat dinafikan drama Rindu Awak 200%  mempunyai fenomenanya tersendiri dan telah berjaya merangkul  4 anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).  Malah, hero dan heroin drama ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat masing-masing mempunyai jumlah peminat tegar yang cukup ramai.

Apa-apapun  nantikan Rindu Awak 200% edisi Hari Raya Aidilfitri.  Kami gerenti mesti ada yang dah tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya bukan? Confirm terpacak depan televisyen awal-awal lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...