Kepada peminat drama bersiri paling meletop iaitu Rindu Awak 200% boleh mengubati rindu mereka kepada watak Kapten  Zill Faezrul dan Armel Aisya  apabila beberapa khabar mengatakan siri tersebut bakal menemui penonton tidak lama sahaja lagi.
Malah kedua-dua watak utama siri tersebut telah memberikan sedikit bayangan bahawa ia akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri akan datang selepas memuat naik foto dengan hashtag #RinduAwak200PeratusRaya.
Tidak dapat dinafikan drama Rindu Awak 200%  mempunyai fenomenanya tersendiri dan telah berjaya merangkul 4 anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Malah, hero dan heroin drama ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat masing-masing mempunyai jumlah peminat tegar yang cukup ramai.
Apa-apapun nantikan Rindu Awak 200% edisi Hari Raya Aidilfitri. Kami gerenti mesti ada yang dah tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya bukan? Confirm terpacak depan televisyen awal-awal lagi.