Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rindu Arwah Ibu, Alyph Akui Fikiran Celaru Ketika Pandemik

Alyph

Penyanyi kelahiran Singapura, Alyph mengakui sejak berlakunya pandemik di serata dunia, sedikit sebanyak ia telah menganggu fikirannya.

Advertisement

Malah menurut bekas penyanyi kumpulan Sleeq itu, ruang dan masa lapang yang ada memyebabkan dirinya lebih banyak teringat akan arwah ibu yang meninggal dunia pada tahun 2016.

Sekarang bila berada dalam situasi pandemik ini. Fikiran saya agak bercelaru. Saya suka fikir tentang hal dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALYPH (@alyphland)

Perkara ini dikongsikan oleh penyanyi itu di dalam sidang media secara maya untuk EP solo terbaharunya yang baru saja dilancarkan berjudul III/III.

Mengulas lebih lanjut mengenai EP yang memilik tiga buah lagu itu sahaja, dia berkata kali ini dia memilih untuk memberi sepenuh fokus terhadap dirinya sahaja kerana semua lagu itu adalah solo.

Sebelum ini saya rasa saya banyak beri sepenuhnya tenaga saya kepada penyanyi lain, jadi kali saya fokus pada karier saya pula.

Sekadar info, sebelum ini Alyph terkenal dengan lagu Mimpi bersama K-Clique serta sering kali berkolaborasi bersama artis terkenal seperti Sona-One dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top