Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Rimas Pakai Niqab Dan Mask, Tak Payah Keluar Rumah!” Fynn Jamal Pesan Pada Niqabis Agar Patuh SOP

Fynn Jamal

Penyanyi Fynn Jamal baru-baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat wanita yang berpurdah dan berniqab agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka di sebelah dalam niqab atau purdah.

Ujar Fynn, memakai niqab dan purdah pada azalinya memang membataskan seseorang wanita untuk melakukan aktiviti harian seperti makan dan minum.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Tambah penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, jikalau berasa rimas untuk memakai pelitup muka di sebalik niqab tersebut, tidak perlu keluar dari rumah.

“Bukan susah sangat pun, kalau dah pakai niqab kita tahu semua benda susah. Nak makan burger susah, nak makan sup depan-depan orang susah. Macam-macam susah kalau pakai niqab ni. Tapi kita tahu nak pakai niqab jadi kita akan pakai properlah. Kalau rasa rimas niqab dan mask, then tak payah keluar rumah.”

Fynn turut meminta agar wanita berniqab dan berpurdah agar memakai pelitup muka yang disarankan kerajaan iaitu ‘surgical mask’.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Turut berkongsikan pengalamannya mengenakan niqab apabila menjalani aktiviti harian, Fynn berkata dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah seperti sesak nafas dan sebagainya.

“Untuk yang belum berniqab dan sering menggunapakai kesian orang berniqab kena pakai berlapis-lapis tak selesa; chill. Jangan risau please, kami ok sahaja..” ujarnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

Dia dalam pada itu turut meminta wanita di luar sana agar sentiasa memeriksa kembali niat untuk berpurdah dan berniqab agar tidak menimbulkan fitnah kepada umat Islam yang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Ra

    May 25, 2021 at 2:06 pm

    Dia ni la manusia yg sebenar2nya nak berniqaf kerana Allah. Bulat hatinya kerana hidayah….bila betul niatnya, pengamalannya pun betul, org dah xde ruang nak kritik pemakaiannya …tapi bila niat x betul lain ka jadinya, sekejap niqaf sekejap purdah, hujung2 Islam dipersendakan yg bukan Islam …kalau dan iman belum utuh baik pakai tudung saja dulu dan perbetul pemakaian tudung tu….ni tudung pun ke laut niqaf pula dibedal ya….tunggang langgang la jadinya

Leave a Reply to Ra Cancel reply

Loading...
To Top