Zaman sekarang ini memang ramai ibu bapa yang selesa hantarkan anak kepada pengasuh. Disebabkan sekarang ini kedua ibu bapa bekerja, jadi anak-anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.
Kalau sebelum ini banyak kisah berkenaan pengasuh yang berlaku dalam kalangan kita. Kali ini, lain pula kisahnya apabila Wan Nurul Awanis berkongsi tentang rambut anaknya dipotong pengasuh tanpa pengetahuannya!
Rimas tengok panjang-panjang
Ibu bapa manalah yang tak marah apabila anak yang ditinggalkan di pengasuh pulang dalam keadaan macam ini. Rambut anaknya yang panjang telah dipotong pendek kerana alasan rimas melihatnya.



Ketika kali pertama dipotong
Selepas bertanyakan kepada pengasuh itu, reaksi yang diberikan seolah-olah apa yang dilakukan itu tidak salah. Sepatutnya sebelum apa-apa, pengasuh perlu minta keizinan daripada ibu bapa dahulu.
“Kak nak simpan rambut dia bagi panjang bagi kemas lah. Kami kadang tak sempat nak ikatkan rambut depa.”


“Tak bayar ikat rambut dia tapi buang masa kami nak kena ikat rambut dia”


Kena datang ambil anak tepat jam 5 petang



“Report je sis, awak ada hak. Akta kanak2 lagi kuat. REPORT. Tak hormat kita sebagai pelanggan dia, kita bayar perkhidman.”

“Ada ke ckp ikat rambut budak tu buang masa dia. Nampak sgt keja tak ikhlas”

Sumber: Facebook