October 21st, 2020

Akui berasa tertekan dengan isu semasa yang menjadi bualan hangat netizen ketika ini, penyanyi Zizi Kirana difahamkan akan ‘berehat’ dari media sosial selama lima hari.

Menurut Zizi, dia berasa rimas dengan pelbagai topik yang dibualkan termasuklah isu penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan serta hal-hal yang membabitkan politik dalam negara.

Tambahnya, dia kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes COVID-19 dan isu politik yang tidak berkesudahan.

View this post on Instagram

Senyum Ku Tak Bertentu.. ? • • • #TENTU #KesayanganSia

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) on

“Lebih membuatkan saya kecewa apabila membaca perkongsian seorang individu di laman sosial yang tak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes COVID-19, sampai ada yang kata Sabah jadi pun kes meningkat. Itu belum masuk isu politik lagi, sepatutnya dalam keadaan getir begini kita semua berganding bagu dan bekerjasama dalam memutuskan rantaian jangkitan dan bukannya menuding jari menyalahkan antara satu sama lain,”

Dia yang dilaporkan telah ‘menjauhkan diri’ daripada menggunakan semua aplikasi laman sosial dan telah membukanya semula pada isnin lalu.

Dalam pada itu, Zizi telah membuat keputusan tersebut kerana teringatkan nasihat yang disampaikan oleh mentornya iaitu komposer Malique.

View this post on Instagram

Jika Rindu, Berdamailah Dengan Waktu..??

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) on

“Tutup laman sosial dan berehat sekejap”, begitulah pesanan Malique yang masih diingati dan dianggap berguna kerana dapat membantu dirinya lebih tenang dan dapat meredakan keresahan.

Zizi turut menyampaikan pesanan supaya sentiasa mengadu setiap keresahan dan kebimbangan kepada Allah S.W.T kerana waktu inilah saat terbaik untuk melakukan perkara demikian.

“Dalam keadaan sekarang ni nak mengadu dengan keluiarga..mereka pun tengah susah dan berada jauh di Sabah. Kawan-kawan pun ada masalah sendiri, jadi sekarang ni yang terbaik adalah dengan mengadu dengan Allah,” – Zizi Kirana

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...