September 7th, 2020

Pelakon Scha Alyahya yang kini hamil hampir 4 bulan dilaporkan masih mengalami alahan teruk meskipun sudah melepas trimester pertama, kata Awal Ashaari yang berkongsi mengenai keadaan isterinya itu ketika ditemui media.

Awal atau nama sebenarnya Ahmah Awaluddi nAshaari,39, berkata isterinya itu berkelakuan agak tidak seperti kebiasaan untuk kehamilan kali kedua ini.

“Kehamilan dia kalini agak teruk berbanding sebelum in. Kalau masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan dah okay. Tapi sekarang dia masih muntah, perut berangin dan lenguh-lenguh badan.Scha kalau hamil memang berubah jadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam. Handphone langsung tak sentuh dan apabila tengok tv pun dia akan tutup suara. Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,”

Pengacara Melodi itu yang ditemui ketika majlis pernikahan pelakon Mira Filzah dan Wan Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby pada khamis lalu turut mendedahkan bahawa anak sulungnya, Lara Alana masih menyesuaikan diri untuk menjadi seorang kakak dan menerima kehadiran adik baru.

“Lara sekarang dalam proses nak belajar untuk terima adik sebab dia tengah rasa takut nak berkongsi. Lara juga pernah tanya dekat saya, baby keluar nanti akan beli mainan dan ada bilik sendiri tak. Nama adik pun dia tak bagi mula dengan huruf L, dia banyak tanya supaya semua benda tak perlu kongsi. Tapi sekarang Scha lebih manjakan dan sayang dia,”

Mengimbas kembali, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini berusian enam tahun.

Sumber: mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...