Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad tampil mempertahankan gaya fesyen yang dibawanya dalam drama Love Elsa berikutan terdapat kata-kata tidak sedap didengar telah dilempar oleh sesetengah netizen.
Kata netizen, fesyen yang dibawa Uyaina dalam drama tersebut dilihat sebagai keterlaluan malah ada yang mendakwa seperti rahib.
View this post on Instagram
Ujar Uyaina, dia sedar mengenai perkara tersebut namun tidak mahu terlalu memikirkannya.
“Tidak semua orang suka, asalkan sopan dan menutup aurat sudah. Rileks okey semua? Nama pun berlakon. Selepas ini, saya pun teruja nak cipta gaya lain untuk watak baharu dalam drama lain pula.”
Jelasnya lagi, setiap watak yang dibawa dalam drama lakonannya adalah berbeza penampilan mengikut kehendak jalan cerita.
View this post on Instagram
Terdahulu, watak Ammar yang dibawa Uyaina telah menarik perhatian peminat kerana gaya fesyen berlapis-lapis serta memakai sarung tangan ‘tak kena gaya’ dalam setiap babak dalam drama tersebut.
Uyaina turut mendedahkan bahawa dia terpaksa menukar 18 sarung tangan sepanjang 65 hari penggambaran drama arahan Michael Ang itu.