Rihana Oksana Tetap Yakin Ismail Leon Ada Darah Campuran Malaysia, Ini Buktinya..

Hiburan

Rihana Oksana Tetap Yakin Ismail Leon Ada Darah Campuran Malaysia, Ini Buktinya..

Beberapa tahun lalu, nama model kelahiran Rusia iaitu Oksana Voevodina menjadi buah mulut rakyat Malaysia berikutan dakwaan mengenai perkahwinannya bersama seorang kerabat diraja Malaysia pada ketika itu.

Antara ‘cerita’ dan kisah yang didengari adalah seperti perkahwinan mereka diadakan dalam sebuah majlis tertutup dan rahsia.

Advertisement

Namun, rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum pasangan itu bercerai.

Oksana yang juga merupakan Ratu Cantik Moscow 2015 itu kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Ekonomi Rusia Plekhanov.

Perkembangan terkini, Oksana menerusi satu hantaran di Instagram milik anaknya, Ismail Leon sedang menyambut hari jadi yang ke-3 tahun.

Memiliki pengikut puluhan ribu di Instagram, Ismail Leon kini semakin membesar dan kelihatan sihat di pangkuan ibu tercinta dan ahli keluarganya yang lain.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah di akaun Instagram Leon, tertera kenyataan ‘Little Malaysian/Russian Boy’ yang menunjukkan Oksana yakin akan asal-usul anaknya yang dilahirkan pada 22 Mei 2019 itu.

Terdahulu, kecoh di media tempatan dan juga luar negara apabila kerabat diraja yang juga bekas suaminya itu telah menafikan status darah daging Leon.

Sehingga kini, bekas suami Oksana masih lagi menafikan taraf dan status anak yang dilahirkan, yakni Ismail Leon.

Sekadar info, Oksana telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Rihana Oksana Petra dan Petra merupakan nama keluarga yang digunakan bekas suaminya

tengu ismail leon petra
4 years ago

Netizen Puji Anak Oksana Voevodina Dek Kian Terserlah Muka Orang Melayu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...