Rihana Oksana Petra Kongsi Detik Pertemuan Kali Pertama Dengan Sultan Muhammad V

Trending

Rihana Oksana Petra Kongsi Detik Pertemuan Kali Pertama Dengan Sultan Muhammad V

Rasanya semua tahu  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun bernikah dengan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra. Video serta foto sekitar majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Rusia pada tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Pasangan diraja ini juga baru sahaja menimang putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Putra Tengku Muhammad V Faris pada 21 Mei lalu.

Namun, tiada siapa tahu detik bibit percintaan mula timbul antara mereka. Dimana agaknya kali pertama Sultan Muhammad V dan Oksana bertentangan mata?

Baru-baru ini, buat pertama kalinya, Oksana berkongsi moment indah dan manis pertemuan kali pertama dengan suaminya ketika musim bunga di Eropah kira-kira dua tahun lalu.

Sultan Muhammad V secara berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Rihana yang menyangkakan baginda sedang bergurau telah memperkenalkan dirinya sebagai “Ratu Moscow.”

Sejak daripada itu, mereka kerap berhubung sehinggalah Oksana terbaca berita mengenai pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15.

Sayang sekali, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah cintanya dengan baginda. Bagaimanapun, beliau berjanji  akan menyambung kisahnya itu dalam entri yang akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...