Selepas mendakwa terpaksa bergolok gadai menjual cincin perkahwinannya bernilai 203,000 pound ( RM1.05 juta) untuk membayar bil perubatan apabila dia hampir kehilangan bayi yang dikandungnya, bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko kali ini memfailkan pula petisyen untuk menentukan ayah kandung kepada anaknya.
Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia dan teka-teki siapakah Tengku Ismail Leon Petra bakal terjawab dimana hakim dikatakan mungkin akan memerintahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalani ujian DNA.
Laporan memberitahu, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.
Menurut laporan itu juga, Oksana bertindak memfailkan kes tersebut selepas tuntutannya untuk mendapat elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM 47 juta tidak dilayan. Oksana sebelum ini tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan baik .
Dalam pada itu, Rihana tetap menegaskan Leon merupakan hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras dengan Sultan Muhammad V.
Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia.
Terdahulu, Oksana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengatakan baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya. Malah, dia hanya mengetahui mengenai perceraian mereka melalui internet.
Anonymous
October 15, 2019 at 9:05 am
Amboi kurang ajar nye komn kau jap nak screenshot boleh lapor dekat polis ko ingt sultan kelantan tu atok kau ke? tu Sultan la bodoh hormat la sikit. Ko nak kena dakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) ? BIADAP BETUL MULUT SULTAN TU BUKAN LEVEL KO LA BODOH
Anonymous
October 15, 2019 at 12:05 am
ha tengok la geng2 klate.
sultan korg yg kekonon suci tu.
haritu bukan main backup yg dituntut agama kahwin berlainan bangsa/negara.
amek kau kelantan!
Anonymous
October 14, 2019 at 9:21 pm
Kenyataan anda akan dijadikan bukti di mahkamah di atas menghina sultan
Jakt
October 14, 2019 at 6:46 pm
Tak pasal2 Hina orang..Kena cekup habis lah engkau