Rihana Oksana Dakwa Malaysia Tidak Selamat Untuk Membesarkan Leon

Hiburan

Rihana Oksana Dakwa Malaysia Tidak Selamat Untuk Membesarkan Leon

Sejak nama Rihana Oksana dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hidupnya telah pun menjadi perhatian rakyat Malaysia. Daripada berita perkahwinan ke penceraian sehinggalah kelahiran putera sulungnya, semua kisah tersebut sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.

Pun begitu, semua berteka-teki sama ada Leon benar-benar merupakan anak kepada Sultan Kelantan kerana Rihana yang bersungguh mahu membuktikan hal tersebut sehingga sanggup memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia dan menamakan pemimpin terhormat tersebut sebagai defendan.

Advertisement

rihana oksana dakwa malaysia tak selamat untuk leon

Terbaru, bekas Ratu Cantik Rusia itu mendedahkan bahawa dia kini sedang mencari-cari tempat tinggal baru di negara lain bagi membina masa depannya dan Leon.

“Saya yakin akan ada kehidupan baru yang cerah selepas tempoh kuarantin . Apa yang diperlukan adalah menunggu pintu sempadan dibuka semuka. Kami telah melihat beberapa tempat di mana kami akan membina rumah baru untuk masa depan kita. Adakah anda ingin tahu di mana?”

Menjengah di ruangan komen, ada yang bertanya sama ada Malaysia turut berada dalam senarai negara yang berkemungkinan bakal menjadi tempat Rihana memulakan kehidupan baru, namun telah ditolak oleh wanita itu.

https://beautifulnara.com/rihana-oksana-dakwa-malaysia-tidak-selamat-untuk-membesarkan-leon/

Menghairankan kerana Rihana memberi ‘hint’ seolah-olah negara ini tidak selamat bagi Leon. Katanya, dia menyukai orang Melayu tetapi tidak gemar dengan sistem monarki dan politik yang dipraktikkan di Malaysia.

rihana oksana dakwa malaysia tak selamat untuk leon

Dengan pendedahan Rihana itu, semakin ramai yang kian tertanya-tanya apakah kisah sebenar di sebalik hubungannya Sultan Kelantan, Ismail Leon dan juga dirinya sendiri.

Sumber: Murai.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...