Kisah kontroversi perkahwinan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sehingga hari ini masih lagi menjadi tanda tanya.
Umum mengetahui Rihana telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra, tetapi beliau tidak pernah mendedahkan wajah anaknya.
Namun, akhirnya bekas ratu cantik Moscow itu telah memuat naik beberapa foto wajah anak lelaki sulungnya yang kini sudah pun berusia lima bulan. Rata-rata netizen memuji kecomelan bayi tersebut.
Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.