Written by Irsa | October 9th, 2019

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kali ini mendakwa beliau terpaksa menjual cincin kahwinnya.

Daily Mail melaporkan, cincin bernilai 203,000 Pound (kira-kira RM1.05 juta) itu terpaksa dijualnya selepas ditinggalkan baginda ketika sedang mengandung 4 bulan.

Oksana berkata, dia sangat terdesak dan memerlukan wang tunai untuk menampung bil perubatannya di Switzerland apabila dia hampir kehilangan bayi yang dikandungnya.

rihana gadai cincin kahwin

Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei kini berusia 4 bulan berdepan beberapa komplikasi ketika berada di dalam kandungan lagi.

Sehubungan itu Oksana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo yang pernah dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

Rihana turut menuduh Sultan Muhammad mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa hingga memaksa dia menjual barang kemas berkenaan jauh lebih murah dari nilainya untuk menanggung bil perubatan ketika melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.

Saya tidak mahu menyebut berapa harganya, tapi ia (cincin) dijual tiga kali lebih rendah daripada nilainya.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

rihana gadai cincin kahwin untuk bayar bil perubatan

Minggu lalu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Sumber: Daily Mail

12 responses to Rihana Dedah Terpaksa Jual Cincin Kahwinnya Dengan Lebih Murah Bagi Menampung Bil Perubatan

  1. Anonymous says:

    Meroyan x habis2

  2. Brunes says:

    wtf GOLD DIGGER! pasal tu lah SK tinggalkan kau dasar scammer

  3. JERNIH HEIGHTS SDN BHD says:

    kesian dgn dia dan bayi itu

  4. haihh says:

    selagi apa yang di hajat belum tercapai..selagi itu lah citer dia ni akan keluar..haihhh..

  5. sultan muhammad w says:

    Nampak melebih la Oks ni. Dlm filem LOTR, Ocs tu makhluk rupa buruk yg suka buat kerosakan dan makan daging manusia segar. Serupa dah perangai.

    Kalau berani tunjuk muka anak tu pleasee…. ada tak iras muka sultan muhammad v tu. Sultan ni pun aku x nafikan kebongokkan dia. Dulu pun kawin dgn bini org. Apa la bebal x boleh nak siasat ke. So malas nak berpihak pada sapa2. eh… meleret pulak komen aku.

  6. Aida Musa says:

    Hmm hari dalam ig kau kata laki kau jaga kau dengan baik masa pregnant. Kalau boleh aku nak post screenshot tu. Now kata dia abandon masa pregnant. Dia dah bagi kau rumah, kereta, duit etc. Masa dia minta buat dna test kau tak nak. Dna test tu biasa dilakukan bila nak tentukan anak tu memang pewaris takhta (apabila ada keraguan atau tanpa keraguan pun). Royal Britain, sweden, denmark pun semua buat sampai sekarang. Yang lain-lain kau slowly la pujuk, ini dah declare perang awal-awal. Untuk ex-laki kau tu, entahlah .. aku speechless.

  7. ladygirl says:

    alaa.. kesiannya.. sultan tu masih ada tanggungjawab ketika masih bergelar suami nya… bayar je lah kos perubatan bini ko tu, lepas cerai tanggungjawab laki pun masih tak lari, sebab ada nafkah dibayar kepada bekas isteri kalau ikut hukum islam. mcm tak wujud lah rihana ni dlm pandangan masyarakat, nikah tak di sebarkan.. kadang kesian jugak rihana ni. tp tak tau lah… sebab tak dgr cerita dari dua2 pihak, satu pihak je..

  8. Anonymous says:

    wat the fuck ko.. jual cincin tiga kali lebih murah. bodoh punya gold digger.

  9. Anonymous says:

    Aku lebih bersimpati pada nasib Raihana dan anaknya. Kalau perkara ini berlaku kpd wanita melayu, mesti ramai yang akan menyokong kamu….tetapi malangnya kamu bukan berasal dari sini maka ramai lah mencemuh mu. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
    Sebagai seorang suami dan bekas suami..SK kena bertanggungjawab…ini pilihan Tuanku sejak dari awal.

  10. Mr Liberals says:

    mana abe/mek kelate haritu?
    defend la sultan korg ni cepat!

  11. Hui says:

    Nak pilih isteri, pilihla melalui agamanya…..

  12. Anonymous says:

    Rakyat Kelantan sekalian alam… sila backup sultan korang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini