Riezman Khuzaimi Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Zara Qairina, Akui Menangis – “Auranya Lain, Bulu Roma Naik…”

Hiburan

Riezman Khuzaimi Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Zara Qairina, Akui Menangis – “Auranya Lain, Bulu Roma Naik…”

Pelakon Riezman Khuzaimi antara yang berpeluang menziarahi pusara pelajar Tingkatan 1 yang didakwa meninggal dunia kerana menjadi mangsa buli, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Aktor berusia 55 tahun itu juga sempat berkongsi pengalamannya ketika menziarahi pusara Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama, Sipitang, Sabah.

Advertisement

Kata Riezman, ketika berada di pusara itu dia tidak dapat menahan sebak dan merasakan seolah-olah mengenali arwah ketika masih hidup.

Tambahnya, secara tiba-tiba dia berasa sayu dan sebak sebelum mengalirkan air mata apabila berada di lokasi tersebut.

Apabila sampai di kuburnya, auranya lain. Belum nampak kubur, baru terlihat papan tanda tanah perkuburan, bulu roma saya sudah naik. Saya tidak pernah jumpa arwah Zara, tapi rasa macam anak saya sendiri. Rasa macam kenal rapat dengan arwah.

riezman khuzaimi ziarah kubur Zara

Pada masa sama, Riezman juga memaklumkan bahawa tindakannya menziarahi pusara pelajar terbabit adalah sebagai tanda solidariti buatnya.

Kata Riezman, dia tidak akan berhenti untuk menyokong dan bersama-sama dengan masyarakat semua terutamanya penduduk Sabah untuk memperjuangkan keadilan buat arwah Zara.

Pada usia ini, saya lebih cenderung kepada memberi kembali pada masyarakat. Saya mahu ambil peluang untuk memperjuangkan perkara positif sebab saya fikir bagaimana kalau perkara ini jadi pada anak saya.

riezman khuzaimi ziarah kubur Zara

Terdahulu, Riezman telah ke tanah perkuburan bersama pengarah Ahmad Idham dan aktres Sophia Albarakbah. Ketika itu, mereka berada di Sabah atas tuntutan kerja dan mengambil peluang untuk menziarahi pusara Zara di Sipitang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sophia albarakbah ziarah zara
2025-08-31 10:45:17

Sophia Albarakbah Ziarah Kubur Zara Qairina, Netizen Persoal Hal Lain - "Mana Artis Wanita Lain?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...