May 16th, 2019

Sejak kebelakangan ini, banyak juga kontroversi melibatkan pendakwah bebas yang lahir daripada program realiti. Tidak dinafikan, apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan persepsi negatif terhadap Islam.

Terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu ini, pendakwah terkenal, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan kebanyakan peserta rancangan program realiti islamik Pencetus Ummah, sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama. Hanya pandai bercakap dan melakukan lawak bodoh.

Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bodoh sekali sekala. Saya tahulah, sebab saya adalah hos program realiti untuk siri pertama Astro ini dan banyak lagi program realiti lain.

Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamour saja lebih? Publisiti diberikan seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat. Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan. Saya sudah lama dalam dunia seni sebegini.

Jika benar mereka memahami apa itu Islam dan konsepnya, tentu mereka tidak akan terjebak dengan kontroversi dan melakukan perkara buruk. Malah, Dr Ridhuan Tee turut mengulas tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika hamil sebagai contoh tidak baik.

Jika PU ini faham Islam, seperti program Pencetus Ummah itu, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian. Sebab tak tau dan tak faham lah yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jadi, apa ke jadahnya perbesarkan isu ini.

Dr Ridhuan Tee menasihati peserta program realiti islamik jangan merosakkan imej islam dan terus hanyut dalam dunia glamor.

Sumber Berita : Isma Web


29 responses to “Ridhuan Tee Tegur Peserta Pencetus Ummah, Ilmu Tidak Kemana Cuma Pandai Cakap”

  1. saodah says:

    Ridhuan Tee, kalo nak bash PU Abu, bash lah dia seorang. Sebab yang banyak memalukan golongan agama dan geng PU tu adalah PU Abu. Tapi tidak baik untuk generalise semua PU adalah macam tu. Bila mengungkit pengisian dan program sedemikian adalah lakonan semata, maka menunjukkan Ridhuan Tee sendiri bersekongkol ketika menjadi juri dahulu. Kenapa ketika dinagkat menjadi juri tidak bersuara? Sedangkan Ridhuan Tee pon bukannya bagus sangat tapi meletop ketika rancangan Forum Ehwal Islam tajaan Zaitun di TV1 dulu-dulu.

    • Saodah Dah La Tu says:

      Eh Saodah. Memang hampir semua PU sampah pun. Memilih topik yg derang nak sound. Yang patut kene sound derang fak sound. BTS dipanggil setan tapi Blackpink datang skirt singkat senyap semua. Pakai baju ketat2 bukan main nunjuk sado. Masjid surau panggil charge harga retis tapi pengisian je laut. Si Abu ni khianat isteri ade yg cakap hukum harus. Backup geng ni wa cakap sama lu. Lantakla Ustaz Ridhuan ni dulu tak pemes ke ape yang penting dia certified untuk bagi ceramah. Kau? Duduk diam2 gi masak kat dapur.

    • Anonymous says:

      yup betul tu, mane2 yg mmg ilmuan n agamawan dr asal takde pulak aku tgk ceramah ke ape2 bash sane sini siap gelarkan org lain setan n mcm2 lagi bash in public. diorg semua voice out secara berhemah. tapi yg ustaz2 instant ni pulak kemain rancak kat socmed mengalahkan mufti aku tgk.

    • Anonymous says:

      ridhuan tee bersekongkol aper nyer… dia pengacara program jer… alhamdulillah dia share perangai sebenar PU sampah dari program tuh… utk ko & family ko tau jgn dipuja meleleh air liur nmpk jantan PU sampah sarap nih… dah lah memilih topik senang tuk dpt attention & copy paste ayat ustaz2 sebenar…

    • Joyahsport says:

      Ah nk buat apa bash Personal sbb yg perasan jadi PU jadi ustazah Ustad Byk kat Sana. Ingatan untuk org yg konon dah PU dah mcm ustazah Ustad jadian tu jgn sombong sbb hanya appearance luar jr ko nmpk mcm outstanding di banding org2 biase tp rupenye ilmu kurang. Jgn gunakan baju utk ko nmpk berilmu biarlah yg menunjukkan ko berilmu tu mmg sbb kerana ilmu. Shame on you

  2. Anonymous says:

    alhamdulillah… akhirnya ade yg tegur direct… syabas Ridhuan Tee

    nak harap ustaz2 yg memang lahir Islam… smpi laaa ni sume diam.. bising2 pasal BTS jer cover baik salah member gugur anak zina dgn janda…

  3. melati says:

    Malaikat takut nk dekat dgn Abu ni sebab Hodoh sgt,,,so Dia wakilkan Mualaf untuk tegor…..itu lah hakikat nya..

    • melati bodoh says:

      org yg da lame peluk agama islam kita tak panggil mualaf dah ye.. ilmu agama dr rudhuan ni lg tinggi dr ko.. ape lg ko nak pggil mualaf . mualaf tu maksud saudara baru. dr ni da bepuluh tahun beragama islam

  4. Anonymous says:

    Legend

  5. ally says:

    Thank you for being the first to voice this out in public! Well done! Pity lah just because of one person (PU Abu) habis all PU sebelangga. Ada a few PUs yg bagus. PU Azman, Asyraf for example. And well done for pointing out Astro. Website Astrogempak x pernah siar apa2 kontroversi mana2 individu yg ada link dgn Astro. Contoh kes PU Abu & Dato’ Vida & Aisyah dulu. Shows what kind of principles they hold

Loading...