December 27th, 2019

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan golongan Pencetus Ummah (PU) dan Da’i yang lahir dari program realiti berkonsepkan dakwah. Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan pendakwah sehingga ada yang melabelkan mereka penunggang agama dan macam-macam lagi.

ridhuan tee

Bengang dengan apa yang berlaku sehingga golongan agamawan dipandang negatif, pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan penceramah selebriti yang lahir dari program realiti agama supaya menjaga adab dan perbuatan mereka agar tidak mencemarkan imej Islam.

Tegas Dr Ridhuan Tee, pendakwah selebriti ini sepatutnya sedar peranan mereka besar untuk mendidik masyarakat tentang agama dan bukan terus hanyut dalam dunia glamor sehingga mencetuskan kontroversi, sekaligus mengheret agama ke kancah memalukan.

dai farhan

Kalau betul-betul kita boleh lahirkan ustaz segera dan dia menjadi (berwibawa), dia memang boleh jadi ikutan dan membentuk penonton. Tapi yang menjadi masalahnya apabila mereka diketengahkan dia tidak dapat jaga diri. Saya pantang ada ustaz segera cemarkan imej Islam.

Sesetengah pendakwah tenggelam dalam dunia glamor malah terlibat dalam kontroversi sehingga merosakkan institusi agama sedangkan mereka pembawa imej seorang pendakwah.

ridhuan tee pendakwah selebriti

Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung. Kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan.

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Dr Ridhuan Tee, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, membawa masalah kepada institusi Islam. Harapnya apa yang beliau katakan ini dapat dihadam oleh pendakwah selebriti di luar sana, perlu bijak membawa diri dan jangan hanyut dibawa arus populariti.

Sumber Berita : mStar Online

8 responses to “Ridhuan Tee Bengang Pendakwah Selebriti Program Realiti Cipta Kontroversi”

  1. Ustaz Babee says:

    All are idiots including this idoit

  2. Booba says:

    Inilah dia padahnya kalau byk sgt program realiti segera ni… Program yg berbentuk ilmu agama skrg ni pun org dh perlekehkan sbb benda2 mengarut mcm ni la

  3. Anti lelaki monyet says:

    Bagus ada jugak yang tegur. Bawak imej islam petik nama kaabah bagai, macam hebat sangat! Padahal habuk je…siap fitnah aibkan isteri, cakap ada hubungan istimewa…come on, woman express their emotions to all their close friends, families and people whom they really love, EQ Tinggi unlike stupid monkey yang put their brain on their dick…exposure kurang, terus jadi Dai culture shock!

  4. Anonymous says:

    Hahahahahahahahahhahaha…. Sape yg mkn cili dia yg rase pedasssss…. Hambik kau sebijikkkk…. Bg pendakwah pendakwih kt luar sane tu yg baru nk up, beringat skittt yeaa..

  5. Anonymous says:

    senang cite, xyah nak buat program realiti mencari ustaz ustazah segera ni..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini