Berusaha keras mencari rezeki meskipun terdedah kepada bahaya penularan wabak Covid-19, seorang penghantar makanan kesal apabila dipergunakan pelanggan untuk menghantar barangan terlarang yang disorokkan dalam bungkusan gula-gula.
Dia terkejut selepas mendapati bungkusan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan rupa-rupanya berisi dadah jenis syabu.
Taktik sindiket dadah itu terbongkar selepas penghantar makanan terbabit ditahan polis ketika sekatan jalan raya dalam Op Covid-19 kira-kira jam 4.30 petang di susur keluar Majlis Perbandaran Klang (MPK) Jambatan Kota kelmarin.
“Kami cari rezeki, korang game kami”
Pelanggan sempat lari
Perbuatan ini memang sangat keji, tidak fasal orang lain pula yang teraniaya dek perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.