Baru-baru ini, pelakon jelita, Lisdawati telah menarik perhatian ramai selepas tampil dengan pemakaian yang sopan dan menutup aurat ketika menyertai program RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Teregganu.
Dapat dilihat menerusi video yang ada di platform Instagram pelakon itu, Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi meluahkan rasa syukur kerana dapat menyelesaikan tugasan di Terengganu serta menitipkan ucapan penghargaan untuk semua pihak yang terlibat.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pasangan tersebut turut sempat mengucapkan takziah buat mangsa yang terkorban sewaktu dalam perjalanan ke Terengganu bagi menyertai program RXZ ini.
Namun begitu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan sopan Lisdawati sewaktu menyertai program permotoran yang biasanya dikaitkan dengan gaya lasak serta kasual.
Dalam pada masa yang sama, ramai memuji cara aktres itu menjaga auratnya tanpa perlu bergaya dengan berlebihan dan menyifatkannya sebagai contoh ikon Muslimah yang versatil.