Pekerjaan sebagai rider penghantar makanan kini semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan orang awam.
Terkini, platform penghantaran Deliveroo yang popular di Singapura bersedia menawarkan bonus sehingga (RM56,870).
Bonus yang sangat besar ini ditawarkan kepada rider sebagai tanda penghargaan kepadanya yang bekerja keras untuk melengkapkan pesanan sepanjang tiga tahun bekerja di Deliveroo.
Difahamkan, jumlah pesanan yang banyak ini dibuat oleh seorang lelaki yang berusia 33 tahun dan menjadikan beliau penghantar makanan terbaik iaitu sebanyak 30 hingga 40 pesanan sehari.
Penghantar makanan yang mahu dikenali sebagai Chan itu menyatakan bahawa beliau ingin membelanjakan wang berkenaan untuk membuat kebajikan manakala bakinya akan dilaburkan.
Sementara itu, Deliveroo juga memaklumkan untuk memberi bonus sebanyak (RM1,137) kepada rider yang berjaya melengkapkan 2,000 pesanan dalam tempoh setahun.