Penunggang motosikal yang melawan arus dan menyebabkan seorang lelaki maut di lebuh raya SUKE baru-baru ini dilaporkan telah menyerah diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya telah pun merakam percakapan individu terbabit.
Suspek berusia 41 tahun itu dikenal pasti selepas dia tampil membuat laporan polis berkaitan kemalangan yang berlaku pada 14 Jun lepas di Balai Polis Trafik Kajang, semalam.
Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tetapi tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat lebuh raya SUKE dengan melawan arus hingga kemalangan berlaku.
Katanya lagi, disebabkan pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek terjatuh dari motosikalnya dan mengalami patah di bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan.
Suspek yang bekerja sebagai peniaga makanan itu terus pulang ke rumah selepas kemalangan berlaku dan berkata dia hanya mengetahui tentang kematian mangsa apabila menonton berita dan di media sosial.
Motosikal suspek dan mangsa akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut dan tangkapan tidak dilakukan memandangkan suspek cedera parah dan sukar bergerak.
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial menunjukkan sesetengah individu bersuara dan mempersoal tidak mungkin suspek tidak perasan mangsa kemalangan dan terjatuh dari jejambat.
Tak logiklah tak perasan, padahal sendiri pun jatuh dan cedera teruk. Tapi gigih balik selamatkan diri dulu.”