‘Rider’ Kongsi Kisah Wanita Tak Cukup Duit Bayar Makanan, Tersentuh Hati Dengar Suara Anak Mengadu Lapar – “Rasa Nak Gugur Jantung..”

Kehidupan

‘Rider’ Kongsi Kisah Wanita Tak Cukup Duit Bayar Makanan, Tersentuh Hati Dengar Suara Anak Mengadu Lapar – “Rasa Nak Gugur Jantung..”

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook mengenai seorang penghantar makanan yang telah berkongsi satu situasi semasa menghantar makanan.

Menurut lelaki itu, dia pernah berdepan dengan situasi yang tidak disangka-sangka ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan yang memilih kaedah pembayaran tunai semasa serahan atau cash on delivery (COD).

Advertisement
penghantar makanan berdepan situasi sedih

gambar hiasan

Sampai je (rumah pelanggan), saya bagi la makanan. Tiba-tiba akak tu kata dia tak sedar dia tak ada duit untuk bayar makanan tu.

Mendengar alasan itu, lelaki berkenaan tidak menunjukkan rasa marah sebaliknya dia menawarkan alternatif dengan mencadangkan pelanggan untuk membayar secara imbasan kod QR namun wanita berkenaan memberitahu bahawa dia juga tidak mempunyai wang di dalam akaun simpanan bank.

Ketika lelaki itu masih buntu dengan situasi yang dihadapinya, dia kemudiannya dikejutkan pula dengan suara anak kecil yang mengadu kelaparan dari dalam rumah.

Ibu makanan dah sampai ke? Lapar lah ibu.

Situasi itu membuatkan lelaki berkenaan berasa simpati dan sayu terhadap nasib wanita berkenaan.

penghantar makanan berdepan situasi sedih

gambar hiasan

Ya Allah masa tu saya rasa nak gugur jantung, menggeletar lutut.

 

Saya cakap dekat akak tu tak mengapa. Saya suruh dia bagi anak tu makan. Saya halalkan dunia akhirat. Doakan saya dan keluarga sihat dan murah rezeki selalu.

Menurut lelaki itu, situasi tersebut membuka ruang kesedaran buatnya tentang erti bersyukur.

Susah-susah saya, ada orang yang lagi susah. Mesti akak tu tahu dia tak ada duit tapi anak sudah lapar. Mungkin dengan cara ini dia dapat bagi anak makan.

 

Satu pengajaran juga dekat saya, sentiasa kena bersyukur apa yang ada. Macam-macam cara Allah nak uji kita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mulia penghantar makanan tersebut dan ada juga yang menawarkan diri untuk membayarkan makanan wanita tersebut.

komen fb komen fb

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 day ago

(VIDEO) Lelaki Kudung Sebelah Kaki Gigih Bekerja Jadi Penghantar Makanan, Bikin Ramai Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...