Melalui platform TikTok, seorang ‘rider’ penghantar makanan yang dikenali sebagai Nizam meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir wanita yang tidak berpakaian sopan sewaktu mengambil pesanan makanan di rumah.
‘Rider’ makanan kecewa pelanggan wanita berpakaian tidak senonoh
Kongsi Nizam sewaktu membuat penghantaran makanan di rumah pelanggan, dia sememangnya berasa kecewa kerana terdapat beberapa wanita berpakaian tidak senonoh dan merasakan pelanggan wanita sepatutnya peka mengenai hal ini.
Kata ‘rider’ tersebut, setiap pelanggan mempunyai akses untuk melihat lokasi keberadaan ‘rider’ masing-masing di aplikasi yang disediakan.
Malah, aplikasi tersebut juga menyediakan anggaran masa ‘rider’ akan tiba di rumah agar pelanggan tidak terburu-buru untuk mengambil makanan.
‘Dalam aplikasi boleh tahu timing ‘rider’ nak sampai kan?’
Dia macam ni la, masa order Grab kan awak boleh tahu saya dekat mana dan sampai bila. Tetapi kenapa tetap nak berpakaian tak senonoh bila ambil order? Kecewa rasa hati ini.
Tambahannya lagi, ‘masalah’ ini sudah berlaku banyak kali kepadanya sepanjang menjadi ‘rider’ makanan.
Netizen setuju, dakwa ada pelanggan sengaja pakai tak senonoh
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan isu pelanggan tidak berpakaian senonoh sewaktu mengambil makanan dan ada juga yang mendakwa sesetengah pelanggan wanita sengaja berpakaian tidak sopan kerana mahu menggoda ‘rider’.