Sekali lagi perkongsian daripada seorang rider penghantar makanan menerusi akaun TikTok @_Farahhns dimana dia meluahkan rasa kecewa terhadap penduduk kawasan perumahan bertingkat yang tidak menjaga kebersihan.
Pada awalnya, dia mendapat order untuk menghantar ke kawasan perumahan berkenaan dan ketika tiba di lokasi dia terkejut melihat keadaan kawasan perumahan itu penuh dengan sampah sarap.
Lokasi perumahan tersebut tidak dapat dikenal pasti namun dia ada meluahkan supaya pembeli jangan menyuruh rider untuk hantar sampai ke atas jika persekitaran rumah kotor dan kurang menyenangkan. Memang kotor!
Korang boleh lihat keadaan perumahan itu di video ini.
Menerusi posting itu juga, dia mengatakan yang rider pun teragak-agak nak naik ke atas hantar makanan customer kalau keadaan kotor macam ni.
Video yang meraih hampir 1 juta tontonan di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet selepas melihat keadaan di persekitaran perumahan itu.
Banyak dugaan dan cabaran yang dilalui sebagai rider penghantar makanan. Walau bagaimanapun, demi mencari sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup, cabaran-cabaran tersebut perlu mereka hadapi.