Rider J&T Gigih Bawa Motor Sampai Terpaksa Peluk Barang Customer

Trending

Rider J&T Gigih Bawa Motor Sampai Terpaksa Peluk Barang Customer

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai servis penghantaran kurier J&T yang mempunyai isu kakitangan mereka yang mencampak parcel sesuka hati sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Namun, pihak syarikat sudah memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung dengan isu yang terkait dengan syarikat berkenaan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan J&T seperti itu kerana masih ada kakitangan yang lain berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja dan menjaga barang-barang customer dengan baik.

Tular satu video pendek di TikTok menerusi akaun @ellamustaffa dimana kelihatan seorang rider J&T gigih membawa barang-barang yang perlu dihantar kepada customer.

Menerusi video berkenaan, kelihatan rider tersebut membawa banyak barang pada bahagian kiri, kanan, depan mahupun belakang bahagian motor yang berpotensi untuk menghalang pandangannya.

Walaupun video itu hanya berdurasi 5 saat tetapi boleh nampak rider tersebut berusaha sebaik mungkin untuk hantar barang customer dengan selamat.

Sehingga jam 5 petang, rider J&T masih lagi bekerja untuk memastikan barang-barang selamat sampai ke tangan customer.

Situasi itu mengundang rasa kesian warganet dan mendoakan supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki dengan pekerjaannya itu.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...