Rider Foodpanda Pulangkan Bungkusan Yang Tercicir Kepada Pemilik Tanpa Harapkan Balasan

Trending

Rider Foodpanda Pulangkan Bungkusan Yang Tercicir Kepada Pemilik Tanpa Harapkan Balasan

Baru-baru ini seorang rider Foodpanda telah melakukan sesuatu di luar bidang tugasnya apabila mengembalikan bungkusan yang tercicir di tepi jalan kepada pemiliknya. Rider tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan dan menjumpai bungkusan barangan tersebut

Perkara tersebut dikongsikan oleh Nur Farah Ayu yang merupakan penerima bungkusan yang hilang. Perkongsian terbabit diceritakan menerusi laman Facebook kumpulan penduduk Bentong. Minggu lalu, penghantar makanan Foodpanda datang ke rumah dan meletakkan bungkusan miliknya di hadapan pintu rumah.

Advertisement

Farah turut memuji tindakan rider tersebut yang sanggup mencari alamat rumahnya dan telah menawarkan ganjaran saguhati namun ditolak baik oleh rider tersebut.

rider Foodpanda

Gambar hiasan

Rider Foodpanda yang dikenali sebagai Muhamad Shabri sama sekali tidak menyangka perkara yang dilakukannya telah viral dan mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, Shabri agak khuatir tindakan yang telah dilakukan akan menjejaskan reputasi syarikat kurier berkenaan.

Menurut shabri, perkara yang dilakukan olehnya adalah ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa pujian mahupun balasan. Kebetulan ketika itu pesanan makanan yang perlu dihantar berada berhampiran kawasan alamat bungkusan yang tertera. Tambahan pula untuk memulangkan kembali bungkusan tersebut di pejabat syarikat kurier agak jauh dari lokasi.

Ketika Shabri menghantar bungkusan di alamat rumah tersebut, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah. Akhirnya, Shabri meninggalkan pesanan ringkas kepada Farah untuk menyatakan bungkusan terbabit ada padanya.

pesanan ringkas

Pesanan tersebut meminta Farah untuk menghubunginya dalam masa sejam atau bungkusan tersebut akan diserahkan semula kepada syarikat kurier. Shabri tidak berhasrat untuk menyimpan bungkusan orang lain untuk jangka masa yang lama.

Shabri berasa lega kerana dia berjaya menyerahkan bungkusan yang hilang itu kepada pemilik yang berhak dan menolak untuk menerima sebarangan bayaran ucapan terima kasih.

Dia amat memahami perasaan sekiranya barang yang dibeli dalam talian tiba-tiba sahaja hilang. Oleh itu, insiden tersebut telah meletakkan dirinya di tempat pemilik tersebut.

Pihak syarikat kurier berkenaan telah menghubungi Farah untuk menyatakan permohonan maaf kerana tidak sengaja menjatuhkan bungukusan pelanggan ketika dalam perjalanan membuat penghantaran.

Perkongsian di laman Facebook tentang kejujuran Shabri telah mendapat share lebih daripada seribu dan menerima pujian daripada netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...