Rider Foodpanda Menangis Selepas Motosikal Dicuri Dalam Sekelip Mata

Trending

Rider Foodpanda Menangis Selepas Motosikal Dicuri Dalam Sekelip Mata

Gempar di media sosial apabila seorang wanita yang juga penghantar makanan Food Panda apabila motosikalnya hilang dicuri perompak di sebuah pasar raya di Batu Caves.

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan sekitar jam 2.00 petang.

Advertisement

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1323895279708381185?s=21

Namun segalanya bertugar tragis, apabila beliau kembali semula ke kawasan parkir, secara mengejut beliau mendapati motosikalnya model Yamaha 135LC itu hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”

Rentetan kejadian, menjengah ke laman Twitter, warganet dilihat menzahirkan rasa sedih dengan perkhabaran itu, malah mereka juga dilihat tidak berkira untuk membantu wanita terbabit mengesan motosikal miliknya itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...