Rider Dapat Panggilan Misteri Di Kubur Cina, Pelanggan Tidak Dapat Dihubungi

Trending

Rider Dapat Panggilan Misteri Di Kubur Cina, Pelanggan Tidak Dapat Dihubungi

Menjadi seorang penghantar makanan bukannya tugas yang senang gais. Macam-macam dugaan yang mereka lalui semasa membuat penghantaran seperti hujan lebat, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Bukan tu jer, ada juga antara mereka yang menerima panggilan misteri.

Advertisement

Baru-baru ini, seorang rider menerima tempahan yang cukup aneh. Dia cuma menjalankan tugas dan mengikut peta ke lokasi pelanggan berkenaan. Apa yang peliknya, rider tersebut kena sidai lebih kurang satu jam dan lokasi tersebut berada di kawasan perkuburan Cina di Sungai Putat, Melaka. Seram weh!

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang. Proses seperti biasa, saya nak pergi drop makanan ke lokasi pelanggan.

Bila sampai, rupa-rupanya lokasi peta yang pelanggan bagi tu betul-betul tepat disebuah kubur.

Saya cuba call dan mesej tapi tiada jawapan. Hampir 10 kali jugalah saya hubungi. Kemudian, terus saya hubungi customer service untuk selesaikan isu ini.

Pelanggan misteri itu membuat tempahan 4 item iaitu nasi goreng ayam, nasi goreng USA dan dua jenis minuman. Tapi, rider tu dah biasa rupanya terima panggilan misteri macam ni tapi ini merupkan kali pertama di kawasan perkuburan dan dianggapnya paling teruk.

Rider itu juga beranggapan yang ini mungkin adalah prank untuk permainkan rider untuk menyamun dan sebagainya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku, apapun semoga semua rider berhagi-hati semasa menjalankan tugas ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...