Richard Huckle Tidak Pernah Menimbulkan Kecurigaan – Penduduk Kampung

Trending

Richard Huckle Tidak Pernah Menimbulkan Kecurigaan – Penduduk Kampung

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Penduduk Rumah Panjang Taman Tun Dr Ismail tidak pernah menyangka lelaki yang pendiam dan bercakap dengan lembut seperti Richard Huckle yang tinggal selama setahun di kampung mereka sebenarnya ‘raksasa’ yang mendera sehingga 200 orang kanak-kanak semasa tinggal di Malaysia.

Richard Huckle, Britain's worst ever paedophile Social media grabs for Rebecca Camber

Advertisement

Mereka yang pernah bertemu lelaki itu mendakwa mereka tidak pernah membayangkan bahawa dia ialah seorang pemangsa seks yang menyasarkan kanak-kanak sekecil enam bulan.

Dia sentiasa dilihat dengan kamera tergantung di lehernya dan dia tidak pernah menimbulkan syak wasangka kepada sesiapa. Penduduk mengimbas semula yang dia sering diihat berlegar di sekitar kampung itu dan datang ke kuil Hindu berdekatan, bergaul dengan orang sekelilling seperti warga tempatan.

Namun begitu, Siva (bukan nama sebenar) sering tertanya mengenai kehadiran Huckle. Siva pernah bertemu Huckle di satu rumah kebajikan kanak-kanak Kristian di Setapak beberapa tahun sebelum dia tinggal di kejiranan mereka. Menurut Siva, ketika itu, Huckle menghadapi masalah di rumah itu.

Richard Huckle, Britain's worst ever paedophile Social media grabs for Rebecca Camber

Saya ingat dia kerana pengurus rumah kebajikan itu mengutuknya dalam bahasa Tamil kepada saya, isteri saya dan dua rakan kami. Huckle ketika itu hanya berdiri di depan kami.

Pengurus itu berkata Huckle ialah seorang yang suka menimbulkan masalah. Dia sukarelawan di situ dan menyebabkan mereka bertelagah sesama sendiri (para sukarelawan dan pekerja-pekerja sosial). Bila saya tanya mengapa dia menjerit dan menyumpah Huckle, dia kata lelaki Inggeris itu mahu mengahwini salah seorang gadis di situ. Dia kata mahu berkahwin dengan gadis itu berulang kali. Saya fikir gadis itu masih di bawah umur waktu itu.

Siva menambah yang Huckle kemudiannya diharamkan dari datang ke rumah kebajikan itu dan bekerja di situ.

Richard Huckle, Britain's worst ever paedophile Social media grabs for Rebecca Camber

Siva terkejut mendapati Huckle kemudiannya ada di kawasan kejiranan mereka beberapa tahun kemudian. Dia pelik kerana Huckle ialah seorang penganut Kristian yang ‘komited’ tetapi berada di kejiranan yang majoriti penduduknya beragama Hindu. Katanya kepada New Straits Times:

Perwatakannya pelik. Mengapa pula seorang penganut Kristian datang melawat kuil Hindu setiap hari? Tetapi lama-kelamaan ia menjadi sesuatu yang normal dan tidak menimbulkan persoalan lagi.

Saya tidak begitu berminat untuk bergaul dengannya kerana dia memberi aura negatif pada saya.

Siva memberitahu bahawa Huckle tinggal bersama satu keluarga di kejiranan mereka selama setahun, dari 2013 hingga 2014. Pemberita NST telah datang ke rumah itu dan melihat beberapa kanak-kanak bermain di hadapan rumah. Apabila didekati, seorang wanita di dalam rumah meminta pemberita meninggalkan mereka dengan sopan.

Siva hanya pernah bercakap dengan Huckle dua kali semasa lelaki itu berada di kejiranannya.

Dia seperti seorang psiko. Perlakuannya sangat lembap. Dia cuba untuk menampilkan diri seperti orang bodoh, tapi kamu tahu dia bukan bodoh. Saya selalu tertanya apa yang difikirkannya, terutamanya kerana saya tahu apa yang pernah dilakukannya sebelum dia datang ke sini.

Mengingati semua peristiwa di rumah kebajikan itu, dia seolah ada masalah sikap, walaupun apa yang sebenarnya berlaku tidak didedahkan kepada saya.

Siva berkata berita mengenai pengakuan Huckle tentang kegiatan sebenarnya di Malaysia mengejutkan dirinya, tetapi kini segalanya jelas padanya.

Seorang pemuda di kejiranan itu yang berusia 22 tahun, hanya ingin dikenali sebagai Deva, berkata yang Huckle tidak menimbulkan kecurigaan dalam komuniti tersebut. Kata Deva, Huckle nampak seperti lelaki baik.

Kami selalu nampak dia, itu sajalah. Dia baik saja, tak pernah timbulkan masalah di sini. Dia hanya gemar ambil gambar kami, penduduk-penduduk kejiranan ini.

Tetapi bila kami panggil dia, dia akan mengelakkan diri. Kami rasa kerana dia takut kami buli dia.

Walaupun kehadiran Huckle menimbulkan keterujaan beberapa orang , sebilangan anak muda di situ berpendapat ada yang tidak kena dengan Huckle, menganggapnya lelaki kurus ‘skru longgar’ kerana dia lembap dan pelik. Huckle sentiasa menyendiri, selalu mengambil gambar, jadi mereka tidak pernah menganggap lebih dari itu.

Deva memberitahu semua orang di kejiranan mereka terkejut dengan berita mengenai Huckle yang viral sejak Rabu lepas dan bimbang apa yang telah dilakukan oleh Huckle kepada kanak-kanak di kampung mereka. Deva percaya Huckle kenal seseorang di komuniti kampung itu, sebab itu dia datang ke situ.

Mungkin dia tinggal di salah sebuah rumah di sini. Saya tak begitu pasti. Dia sering berkeliaran ke kuil dan kedai setiap hari.

Bagaimanapun, ketua kampung V. Sundram, 65, memberitahu yang Huckle datang buat kali pertama ke situ pada April 2013 semasa perayaan tahun baru Tamil di kuil kejiranan mereka.

Semasa dia datang, saya tanya apa yang dia buat. Dia kata dia hanya ambil gambar.

Tiada apa-apa yang mencurigakan kami tentang dia. Dia datang juga untuk tahun berikutnya (2014) tetapi tidak pernah kelihatan lagi selepas itu.

Tiba-tiba berita ini muncul dan mengejutkan kami. Saya tak tahu jika dia pernah tinggal dengan mana-mana keluarga di kampung ini kerana kampung ini disediakan oleh majlis bandaraya untuk kami, hanya untuk masyarakat India.

Tambahnya, dia pernah bertanya di mana Huckle tinggal dan lelaki itu mendakwa di Taman Maluri, Cheras.

Sundram memberitahu yang secara umumnya Huckle seorang pendiam tetapi sering berkongsi hasil kerja fotografinya, membuat orang tertarik kepadanya.

Sundram pasti penderaan itu tidak berlaku di kampung mereka kerana jika sesuatu berlaku pasti dia telah menerima laporan.

Semasa perayaan, dia ambil gambar kami semua, bukan kanak-kanak saja. Dia juga ambil gambar program anjuran kami, tak lebih dari itu.

-amazingnara.com[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_facebook][/vc_column][/vc_row]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...