Pedofil British paling teruk, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 23 kali kerana mendera secara seksual 23 orang kanak-kanak Malaysia dan memuat naik gambar dan video penderaan itu ke dalam talian.
Richard Huckle dari Ashton, Kent mengaku salah ke atas puluhan pertuduhan melakukan deraan seksual terhadap kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun dari 2006 hingga 2014.
Lapor Daily Mail, hakim Peter Rook memberitahunya:
Kamu sudah ‘ditelan’ oleh pedofilia. Hidup kamu hanya berkisar tentang obsesi kamu untuk kepuasan seksual kamu.
Huckle berpura-pura sebagai penganut Kristian yang alim, jurugambar dan guru Inggeris untuk memangsakan kanak-kanak miskin di Kuala Lumpur selama sembilan tahun.
Dia juga cuba untuk mendapatkan keuntungan dari jenayahnya dengan mengumpulkan dana awam bagi menerbitkan satu manual pedofil semasa ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).
23 kanak-kanak telah dikenal pasti dalam 71 pertuduhan walaupun markah yang diberi kepada dirinya melalui lejer penderaan seksual menunjukkan dia telah melakukan lebih dari itu.
Apa yang menjadikan jenayah itu berat ialah jumlah kanak-kanak yang terlibat, apa yang dilakukan pada kanak-kanak itu dan panjang masa dia meneruskan penderaannya.
Komitmennya terhadap pedofilia didemonstrasikan melalui rakaman penderaan seksual yang dilakukannya terhadap kanak-kanak perempuan tiga tahun.
Dia juga cuba menampilkan diri sebagai penganut Kristian tegar di Britain dan di negara-negara lain. –amazingnara.com