Pantai Sura Dungun menjadi tumpuan ratusan pengunjung apabila ribuan kerang ditemui terdampar di pantai berkenaan sejak petang semalam. Tinjaun Bernama mendapati orang ramai daripada pelbagai peringkat umur mengambil peluang mengutip kerang berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk plastik, baldi dan bakul bagi mengisi kerang yang dikutip.
Rata-rata orang ramai yang ditemui menyifatkan ribuan kerang itu terdampar selepas fenomena air pasang dan ombak besar yang melanda Terengganu sejak beberapa hari lalu