Ribuan Jemaah Sertai Ijtimak Tabligh Di Indonesia, Disyaki Ada Rakyat Malaysia Turut Serta

COVID-19

Ribuan Jemaah Sertai Ijtimak Tabligh Di Indonesia, Disyaki Ada Rakyat Malaysia Turut Serta

Tidak menghiraukan kemelut virus Covid-19 yang semakin memuncak, ribuan jemaah tabligh dari seluruh Asia dengan nekadnya berkumpul di Indonesia semalam untuk memenuhi perjumpaan secara beramai-ramai dengan jemaah tabligh yang lain.

Tanpa menyedari tindakan mereka mampu untuk menyebarkan lagi virus Covid-19. Di Malaysia pula, perjumpaan tabligh seperti ini hanya mengambil masa selepas 2 minggu dan 500 kes jangkitan telah dilaporkan.

Advertisement

tabligh

Gagal batalkan majlis 

Penganjur dan pegawai serantau menyifatkan majlis ini antara majlis yang dikenali dan diadakan di negara yang mempunyai kepadatan penduduk di tangga ke-4 dunia. Ketua polis daerah telah berusaha untuk berbincang dengan pihak penganjur dan membatalkan majlis tersebut.

Apabila ditanya mengenai risiko penyebaran virus dalam majlis yang diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia, penganjur masih nekad untuk meneruskan majlis tersebut dengan tegas mengatakan mereka hanya takutkan Tuhan.

Tambah penganjur lagi, majlis tersebut ialah majlis ilmu untuk kekuatan jiwa kerana manusia semua hanya takutkan penyakit dan kematian. Permohonan untuk membatalkan majlis tersebut telah ditolak secara keras oleh pihak penganjur.

Dianggarkan seramai 8,695 ahli tabligh terlibat dalam majlis yang berhampiran sempadan bandar Makassar. Bilangan yang ramai makin menyukarkan pihak berkuasa untuk menghentikan perjumpaan tersebut. Dipercayai juga bilangan pengikut tabligh akan bertambah kerana ahli tabligh tersebut kebanyakan datang dari Thailand, India, Filipina dan Arab.

Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur  telah menyaksikan seramai 16,000 ahli tabligh menyertai perjumpaan pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Kedua-dua perjumpaan tabligh ini dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Tablighi Jama’at yang menjalakan pergerakan muslim secara besar-besaran dengan tujuan berdakwah.

masjid

Ratusan dijangkiti di Malaysia

Hampir 2 daripada 3 jumlah pesakit seramai 790 yang dijangkiti telah dikesan mengadakan perjumpaan di sekitar masjid Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran.

Brunei telah mengesahkan 50 jangkitan yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan gerakan tabligh yang dilakukan. Manakala Kemboja, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam juga mengatakan rakyat mereka dijangkiti di sana.

Sehingga semalam, Indonesia telah mencatatkan peningkatan kes jangkitan sebanyak 227 dengan 19 kematian. Negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 260 juta telah menjalankan ujian saringan sebanyak 1,255 dalam masa sehari. Sebaliknya, Korea Selatan yang mempunyai kepadatan 1 daripada 5 jumlah tersebut melakukan 15,000 ujian saringan dalam sehari.

Sejumlah 83 rakyat Malaysia juga dipercayai telah berada di Sulawesi untuk menyertai majlis itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Sudah diberi peringatan pun masih lagi pentingkan diri.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...