“Riak Wajah Sedih, Kurus Dah..” – Ramai Prihatin Lihat Keadaan Terkini Bekas Isteri Pempengaruh Chazy Nash

Kehidupan

“Riak Wajah Sedih, Kurus Dah..” – Ramai Prihatin Lihat Keadaan Terkini Bekas Isteri Pempengaruh Chazy Nash

Sebuah video di TikTok baru-baru ini menjadi tular apabila memaparkan perkembangan terkini bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash, iaitu Fatin Morat.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun milik sebuah kedai kek dan roti, @flourcrown, yang menunjukkan Fatin hadir ke premis tersebut untuk membeli pelbagai jenis pastri.

Advertisement

Menurut pihak kedai, Fatin merupakan antara pelanggan tetap yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perniagaan mereka.

Salah satu pelanggan tetap kami, yang selalu sokong perniagaan kami dari dulu sampai sekarang.

Kebetulan Fatin datang kafe hari ini, kita nak banyak macam-macam pastri dan coklat khas untuk anak-anaknya sekali.

Video tersebut menarik perhatian ramai pengguna TikTok, yang rata-ratanya gembira dapat melihat keadaan semasa Fatin.

Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati apabila mendakwa riak wajah Fatin tampak muram dan tidak seceria seperti dahulu.

Untuk rekod, bekas suami Fatin iaitu Chazynash sebelum ini mengesahkan mereka telah berpisah secara rasmi pada 23 Januari lalu.

Chazynash turut menyatakan bahawa perceraian tersebut berpunca daripada kesilapannya sendiri dan ia merupakan keputusan yang dicapai secara bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chazy nash sah bercerai
3 weeks ago

"Hormati Privasi Kami, Berhenti Buat Spekulasi Entah Apa-Apa" - Chazy Nash Maklum Sudah Bercerai Dengan Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...